PANTUN DUA KERAT:
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
PANTUN EMPAT KERAT:
Nasi lemak buah bidara,
Daun selasih ku lurutkan;
Hilang emak hilang saudara,
Kerna kekasih ku turutkan.
PANTUN LAPAN KERAT:
Permata jatuh ke rumput,
Jatuh ke rumput berbilang-bilang,
Ditempuh dilanda jangan,
Rumput pahit bersela-sela;
Dari mata tidaklah luput,
Di hati tak mahu hilang,
Siang menjadi angan-angan,
Malam menjadi mimpi pula.
PANTUN SEPULUH KERAT:
selendang tenunan Kampar,
Putus sehelai atas kasur,
Diulas dengan sapu tangan,
Dibungkus dengan kain kasap,
diikat dengan benang sutera;
Hidang sudah terhantar,
Pahar dan cerek sudah teratur,
Jawat air basuh tangan,
Tambahkan nasi akan santap,
Kami sepangkal bersama-sama.
PANTUN BERKAIT:
Batu belah dalam perahu,
Kucing kurus menggaru papan;
Kuasa Allah siapa tahu,
Kurus badan kerana tak makan.
Kucing kurus menggaru papan,
Papan digaru kayu mati;
Kurus badan kerana tak makan,
Kurus kerana menahan hati.
Wednesday 15 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak ada ka yang lain-lain. macam campur bahasa jawa saja.
ReplyDelete