SELAMAT DATANG
KE GERAI HOT PA & MA.
TEMPAT : LATAR SISWA, FBMK, UPM SERDANG.
TARIKH : 28-31 DISEMBER 2009
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00
ANEKA JUADAH DISEDIAKAN
MURAH... PANAS... SEDAP....
DARI RM1-RM2.50.
Sunday, 24 January 2010
Sunday, 27 September 2009
Cahaya mata penyeri hidup


Banyak kisah di sebalik nama anak-anakku. Nama Along diberi oleh ustazah Tajwid ibuku. Ustazah menggabungkan nama aku & hubby mengikut ejaan jawi. 'Fa' diambil dari Afandi dan 'Ha' diambil dari Salha. Farhan bermaksud kegembiraan. Aku tambah 'Nur'. So, maknanya 'Cahaya kegembiraan'. Story baby plak menjadi kenangan setiap ahli keluargaku. Yang bestnya 1 syawal ialah birthday Baby. So, nak amik berkat Syawal & sebagai kenangan di pagi 1 Syawal 2005, tercoretlah nama 'fitri' gak di hujung nama baby. Semasa berbadan 2, amalan membaca al-Quran seperti surah Yassin dan doa Nabi Nuh di dalam perut ikan paus telah aku amalkan selama 9 bulan 10hari. Surah lain seperti surah Luqman, surah Yusof dan lain-lain juga turut diamalkan. Banyak kebaikannya. Ini ialah petua yang diberikan oleh tok guru mengaji Al-Quran aku.
Wahai anak-anakku sayang... Jadilah anak2 yang soleh & solehah. Ummi sayang Along & Baby...
'Deqna' ku sayang...

Haslina Abd Hamid... namanya terukir dalam hidupku ketika aku berjaya melangkahkan kakiku ke Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P). Sinonim dengan naman manjanya di M4P Deqna. Dialah teman setia di kala susah senang aku di M4P. seyiap bulan ja, aku lah yang akan menjadi 'nurse'nya. hehe adalah rahsia aku dan dia. hanya kami ber2 ja yang tau! Aku juga la menjadi tempatnya mengadu siang malam. bagai isi dengan kuku. Kalau di atal hadir ke kuliah, pasti pensyaraj dan kengkawan yang lain akan tanya aku. ke mana pergi kami ber2 la di hostel. aku menumpang kasih seorang adik coz aku tidak mempunyai adik pompuan. hanya ada 2 org adik lelaki. so, sayang bangat la.
Kami berdua selalu didampingi oleh seorang kwn yang very closed dengan kami namanya 'K'. Dia 2 jejaka hensem di M4P. raut wajah ala2 model gitu. hehe.... K, thnx coz sudi menjadi teman setia kami berdua.
TQ Deqna coz sudi bersusah senang dengan kak. Trima kasih coz sudi trima kak seadanya. hanya Allah ja yang dapat membalas segala budi baik deqna. Segala kenangan menjadi rinduan sepanjang hidup kak.
Saturday, 26 September 2009
siswi ITTAR

Dalam hidup ini, ITTAR la tempat pertama daku melangkahkan kaki untuk menuntut ilmu setelah bonda kesayangan menghalang aku untuk menjejakkan kaki menjadi seorang pegawai tentera wanita. Tahun 1997/99 aku menjadi siswi Diploma in Information Technology. Teman rapatku di sana ialah kak nurhaslina nordin orang johor, kak norini Che omar, Masrah, Sarimah dan M. Husaini dengan panggilan mesra 'Baby' coz dia yang paling cute skali dalam course IT di sana. Gambar tu diambil semasa final presentation untuk bussiness management. Kumpulan kami yang memperolehi markah tertinggi. TQ guys!
Thanks 4 everything!

Nostalgia Aspuri SDOB

Gambar ni ialah geng2 di Asrama puteri Sekolah Dato' Onn Butterworth. Aku yang duduk di tengah t-shirt putih tu. Syiqah, Imah, Yatie, Shafa dan pasangan kembar (kak lah & dik na) tapi dlm gambar tu hanya kak lah ja yang ada. Dik na busy ja jadi photographer. Masa tu kami semua tingkatan 1. Kekal persahabatan hingga sekarang. cuma jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan karier dan family masing-masing. Doa ku agar kalian semua panjang umur dan murah rezeki selalu. Kenang daku dalam doa kalian - sal
best friend
Regina Thean Siew Pei merupakan nama yang senantiasa terpahat dalam hati dan fikiranku. Kami rapat sejak di bangku sekolah rendah lagi. tapi terpisah sejak aku tingkatan 1 apabila aku dapat ke Asrama Puteri Sekolah Dato' Onn B'worth. Kami bertemu selepas PMR. tapi terpisah semula sejak aku melanjutkan pelajaran ke Kuala Lumpur. Hingglah sekarang dia sentiasa dalam ingatanku. Aku pergi ke rumah mak ciknya di Taman Haji Mohd Amin Permatang Pauh, tapi rumah itu telah dijual kepada seorang mak cik.
jika kau terbaca blog ku ini, hubungilah aku. Semoga persahabatan kita ini tidak berkubur sepi begitu sahaja. Salam rindu selalu dari ku Salha Bt Mohd Yatim untuk mu, sahabatku.
Subscribe to:
Posts (Atom)