

Banyak kisah di sebalik nama anak-anakku. Nama Along diberi oleh ustazah Tajwid ibuku. Ustazah menggabungkan nama aku & hubby mengikut ejaan jawi. 'Fa' diambil dari Afandi dan 'Ha' diambil dari Salha. Farhan bermaksud kegembiraan. Aku tambah 'Nur'. So, maknanya 'Cahaya kegembiraan'. Story baby plak menjadi kenangan setiap ahli keluargaku. Yang bestnya 1 syawal ialah birthday Baby. So, nak amik berkat Syawal & sebagai kenangan di pagi 1 Syawal 2005, tercoretlah nama 'fitri' gak di hujung nama baby. Semasa berbadan 2, amalan membaca al-Quran seperti surah Yassin dan doa Nabi Nuh di dalam perut ikan paus telah aku amalkan selama 9 bulan 10hari. Surah lain seperti surah Luqman, surah Yusof dan lain-lain juga turut diamalkan. Banyak kebaikannya. Ini ialah petua yang diberikan oleh tok guru mengaji Al-Quran aku.
Wahai anak-anakku sayang... Jadilah anak2 yang soleh & solehah. Ummi sayang Along & Baby...
memang comel! Harap-harap mereka akan menjadi insan yang menyumbangkan tenaga terhadap masyarakat kita pada masa yang akan datang...
ReplyDeletecomel mcm mama dia.
ReplyDelete