Tuesday 5 May 2009

Pabila hati kecil ini berkata-kata...

Assalamualaikum dan salam perpaduan!!!

Selamat datang kepada yang sudi surf 'Teratak Ilmu'ku ini.

Sekalung penghargaan untuk semua insan yang telah banyak berjasa dalam hidupku selama ini. Terutama ayahbonda yang dikasihi selalu, suami tercinta dan anak-anak tersayang. Tanpa kalian, siapalah aku di sini.

Dalam mengharungi hidup '3 dalam 1' ini, pelbagai ranjau yang penuh duri ini harus jua ditempohi dengan tabah dan penuh kesabaran. kejayaan bukan datang bergolek tanpa usaha. pengorbanan dari segi wang, tenaga dan masa perlu dalam hidup ini. tiada manis-semanisnya lagi hidup ini pabila hidup ini bertakhtakan kejayaan di menara gading dan diri dihiasi dengan agama dan ilmu.

Thanks a lot kepada Dr. Normaliza Bt Abdul Rahim selaku pensyarah UPM yang paling ku sayangi. Sikap beliau yang tegas dan 'selambe' seringkali buatkan aku dan rakan seperjuangan rasa senang dan tenang walaupun penat seharian sehingga terpaksa menghadiri kuliah UPM pada waktu malam. Sikap beliau yang low profile itu, sentiasa membuatkan kami terhibur. Kalau tiada lawak jenak dan usik-mengusik, bukanlah Dr.Normaliza. Mesra dan sakat-menyakat itulah yang buatkan aku tak kering gusi pabila menghadiri kuliah Bahasa dalam Multimedia.

Hmmmm... best tau jadi mahasiswi bila umur dah tua-tua ni. hehehe jangan terasa ok. Wahai muda-mudi sekalian, peluang ada di mana-mana. rebutlah peluang yang ada selagi hayat dikandung badan sebelum kubur kata mari, rumah kata pergi. Jangan terasa hati tau pada yang makan cili terasa pedas. sebaliknya, jadikanlah amanatku ini sebagai inspirasi mengubah nasib keluarga dan diri supaya tinggi di mata masyarakat dan khususnya di sisi Allah S.W.T.

Tu ja lah yang boleh dikongsikan buat masa ini. moga hidup kalian dilimpahi rahmatNya selalu. If you got any comment or idea, jangan malu-malu untuk send terus buat tatapanku. C U next time. By2. wslm.

No comments:

Post a Comment