Tuesday 5 May 2009

Resipi Laksa Penang Pior

1.Bahan A- dikisar
cili kering & cili merah
belacan
serai &halia
bawang kecil & bawang besar & bawang putih

2.Bahan B
Ikan direbus dan isi ikan ditumbuk.
Tulang ikan dimesin, ditoskan dan ambil airnya.

3. Bahan C
Lengkuas diketuk
Serai dititik
Nenas dipotong dadu (suku bahagian sahaja)
bunga kantan dipotong dua
Daun cendohom
Daun pudina
Asam gelugor
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Serbuk cili Babas/ Alagappa's
Air

4. Bahan D
Laksa direbus

5. Bahan E-hiasan dihiris halus
salad
pudina
timun
bawang besar
bunga kantan
cili padi
cili merah
limau kasturi

Cara-cara memasaknya ialah:-

1.Masukkan bahan A, bahan B dan bahan C.
2.Tunggu hingga mendidih.
3.Jika sudah secukup rasa, perlahankan api dan tutup tudung periuk.
4.Jika sudah sebati, tutup api.
5.Hidangkan laksa yang sudah direbus dan bersama-sama bahan E.
6.Siap untuk dimakan. Hmm... yummy-yummy!

Cuba tau! rugi kalau tak cuba. Tunggulah resepi-resepi lain yang akan datang...

No comments:

Post a Comment